Loading... Please wait...
DIOS ASTANA BRIDAL
 

 

Our Newsletter


About Us

Posted on 3rd Jul 2009 @ 10:03 PM

               About_us_copy.jpg

"Menyediakan pelbagai koleksi terkini busana dan kelengkapan Andaman"

Dios Astana Bridal, merupakan sebuah perniagan perkahwinan gedung 4 tingkat milik penuh bumiputera diterajui oleh Kumpulan Dios. Ia ibarat ‘syurga andaman’ yang menawarkan segala keperluan barangan perkahwinan dan kelengkapan andaman terkini dalam satu bangunan. Setiap tingkat dilengkapi dengan pelbagai produk perkahwinan seperti tekstil, kraftangan, dekorasi bunga, koleksi busana, baju persalinan, barangan kemas, alat mekap, kasut, aksesori perkahwinan sehinggalah kepada set pelamin. Apa yang menakjubkan, di Dios terdapat lebih 1000 pasang koleksi baju siap songket dan lace pelbagai fesyen dan gaya yang semestinya mampu memenuhi kehendak bakal pengantin era masa kini. Malah, Dios juga menawarkan perkhidmatan sewa  bagi barangan kraftangan dan pelamin serta pembelian dan penempahan secara online. Dios menjanjikan tawaran produk dan perkhidmatan yang mementingkan kualiti dan kepelbagaian rekaan demi keselesaan dan kepuasan pelanggan kami!  Pelancaran Portal Perkahwinan Mykahwin.com.my, Dios tidak lagi menoleh ke belakang dan akan terus mengorak langkah jauh menerokai alam perkahwinan dengan segalanya di hujung jari anda. 

 

  

"Tidak lengkap bersanding tanpa pelamin di hari bahagia"

Dios, menawarkan pelbagai koleksi pelamin pelbagai saiz dan pelbagai rekaan. Terbaru, kami telah memperkenalkan rekaan baru set pelamin yang diberi nama Set Pelamin Astana yang mempunyai ciri-ciri unik dan rekan barat. Apa yang menariknya, pelamin astana ini mudah dibawa dan sesuai dengan apa sahaja konsep perkahwinan sama ada tema perkahwinan di dewan atau taman. Rekaan baru ini turut dilengkapi dengan rekaan frame yang boleh diubahsuai dan dihiasi dengan dekorasi bunga dan tabir kain bercorak mengikut kreativiti. Namun, pelamin rod iron masih mendapat perhatian ramai jika kreatif menggabungkan hiasan tradisonal dan moden. Dios menawarkan aksesori tambahan bagi pelamin seperti flower arch, permaidani merah, kipas dan bantal, alas nikah, alas kaki, candle stand, kain jersey kilat, backdrop, dome dan sebagainya.

 

  

"Apalah ertinya gaya tanpa disulami dengan kemewahan sehelai fabrik dan rekaan yang mampu membangkitkan suasana?"

Sehelai pakaian seharusnya berteraskan sehelai fabrik dan rekaan yang benar-benar mampu menghembuskan aura yang tersendiri. Ditambah lagi dengan kasut dan barangan kemas sebagai pelengkap gaya. Cipta pelbagai gaya tersendiri dengan variasi persalinan berbeza mengikut adat. Tentunya fabrik dan rekaan bermutu milik gedung Dios Astana Bridal menjadi pilihan. Apakah yang lebih istimewa dari menyaksikan tubuh sendiri disaluti rekaan indah lagi bergaya di hari nan bahagia. Dios menawarkan pelbagai koleksi busana rekaan terkini dan kelengkapan diri dari hujung kaki ke hujung rambut. Ini termasuklah busana lace, songket, baju persalinan, gaun dan kot. Bagi menambahkan keanggunan, pelengkap gaya iaitu barangan kemas seperti hairband, mahkota, set rantai dan subang, rantai labuh, gelang kaki, kerongsang dan kasut pelbagai gaya dan saiz turut disediakan. Aksesori lain seperti korset, veil, skaf turut ada di Dios.

 

  

“Kata orang tidak ada yang lama, maka tidak muncul pula yang baru. Biarpun ada yang baru dianggap lebih kreatif dan kontemporari, namun hantaran sentuhan klasik juga tidak kurang indahnya “

 

Kebelakangan ini, pengantin semakin kreatif dalam memilih konsep dan tema yang tersendiri untuk gubahan hantaran mereka. Bersesuaian dengan tema warna hantaran, tema kontemporari ini sepadan apabila dihiasi dengan bunga, reben dan renda dari warna-warna mewah. Ingin mendapatkan renda dan bahan-bahan hiasan yang menarik untuk menjadikan hantaran anda lebih eksklusif, jangan ragu-ragu untuk berkunjung ke Dios Astana Bridal. Kami menyediakan pelbagai variasi produk dan warna untuk pelengkap hantaran seperti dulang hantaran, gubahan, renda, manik, bunga dan banyak lagi. Tidak lupa, pada mereka yang inginkan cenderamata gaya eksklusif, kami menawarkan cenderamata berteraskan tembikar dan tembaga. Segala-galanya ada di sini!

[Baca Versi BI]

Menyediakan pelbagai koleksi terkini busana dan kelengkapan Andaman