DIOS ASTANA BRIDAL

Our Newsletter


FAQ

PERSOALAN MENGENAI COUTURE (BUSANA)

   
Bolehkah sekiranya saya menghantar material (kain sendiri) untuk membuat baju pengantin seperti dalam Internet?
  Boleh, tetapi pihak DIOS akan melihat terlebih dahulu sama ada material yang dihantar oleh pelanggan bersesuaian mengikut rekaan yang dikehendaki. Ini kerana, bukan semua rekaan boleh match dengan jenis kain yang dibawa.

 
Saya ingin saiz selain daripada saiz standard yang dibuat oleh DIOS iaitu saiz M. Adakah DIOS menerima tempahan untuk saiz yang selain daripada saiz M?
  Kami memang menerima tempahan untuk semua saiz tetapi caj tambahan akan dikenakan jika saiz yang diminta saiz XL atau lebih, manakala untuk saiz “L” tiada bayaran tambahan dikenakan.

 
Saya berminat pada satu rekabentuk (design) baju tetapi tidak berminat pada warnanya. Bolehkah saya membuat pilihan warna kesukaan saya?
  Boleh, DIOS akan cuba untuk memenuhi kehendak pelanggan, tetapi warna baju bergantung kepada fabrik atau material yang terdapat di DIOS pada waktu itu. Jika berminat, sila telefon kami di talian 03-8063 3020 dan nyatakan kod dan warna baju atau sila tinggalkan maklumat anda beserta soalan yang ingin ditanya di laman "Contact Us".

 
Adakah setiap set baju perempuan (lace) disertakan veil atau selendang, kasut, set tanjak atau baju lelaki?
  Setiap set baju perempuan (Lace, Sifon, Dubai Net dan Songket) disertakan sekali dengan baju lelaki. Baju lelaki merupakan Baju Melayu Satin (Bersulam). Tetapi bagi baju Dubai Net, harga termasuk (Baju P+Baju L+Veil) manakala bagi baju jenis Songket, harga termasuk (Baju L+Baju P+Set Tanjak).

 
Baju Songket, adakah disertakan kasut?
  Satu set baju Songket tidak disertakan kasut Cuma diberi satu set baju perempuan, baju lelaki dan set tanjak. Baju Lelaki, design adalah leher panjang.

 
Sekiranya baju lelaki Songket hendak ditukar rekaan kepada 3pcs berjaket, adakah dikenakan caj tambahan harga?
  Ya, caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM150.00 untuk design 3pcs Silang atau Agung Style. Ini disebabkan oleh potongan baju dan material tambahan yang digunakan untuk membuat top jaket.

 
Adakah harga yang dikenakan kepada mak andam atau pemilik butik pengantin sama dengan harga yang dikenakan ke atas pengantin?
  Tidak, harga yang dikenakan adalah berbeza. Harga akan berubah sekiranya anda sudah mendaftar dengan laman web kami. Bagi mak andam atau pemilik butik akan mendapat potongan harga sebanyak 20%. Oleh itu, sila pastikan anda LOGIN pada setiap kali ingin melihat atau membeli barang di www.diosastana.com.my untuk memperolehi harga dealer. Bagi pengantin atau orang persendirian akan dikenakan harga tambahan disebabkan oleh ukuran badan, dan masa tambahan untuk ”fitting” badan pengantin.

Saya duduk nun jauh di utara Semenangjung Malaysia. Bagaimana dengan penghantaran? Adakah saya dikenakan kos penghantaran?
  DIOS ada menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada yang membeli secara online. Anda akan dikenakan kos penghantaran bergantung pada kawasan, berat dan saiz barangan. Kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk barangan yang bersaiz kecil manakala untuk saiz yang besar akan menggunakan perkhidmatan KTM Berhad.

Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk menyiapkan sesuatu pakaian?
  Tempoh untuk menyiapkan sesuatu rekaan mengambil masa selama seminggu termasuk jahitan manik.

Adakah DIOS mengambil tempahan untuk menjahit manik sahaja?
  Ya, DIOS mengambil tempahan menjahit manik dari harga RM200.00 sehingga RM350.00

Jika membeli baju di DIOS, adakah aksesori seperti set tanjak atau kasut akan diberikan sekali?
  Tidak, kecuali anda membeli set Baju Songket akan memperolehi satu set tanjak.

Apakah keistimewaan setiap rekaan?
  Keistimewaan pada setiap rekaan bergantung kepada fabrik yang digunakan. Antaranya ialah panel lace, cord lace, songket “1st” grade dan sebagainya.

Jika membeli baju “readymade” ialah sepasang baju perempuan dan sepasang baju melayu tetapi jika saya hendak menukar Baju Melayu kepada 3pcs silang, berapakah caj tambahan akan dikenakan ?
  Jika anda membeli sepasang baju “readymade” akan diberikan baju lelaki ialah Baju Melayu Satin (Bersulam) tetapi jika hendak menukar kepad Baju Melayu 3pcs Silang, penambahan sebanyak RM150.00 untuk 3pcs Silang (Tidak Bersulam) dan RM180.00 3pcs Silang (Bersulam).

Jika saya hanya ingin membeli Baju Perempuan sahaja. Berapa bayaran dikenakan?
  Harga yang diberikan adalah untuk sepasang baju perempuan dan baju lelaki. Jika hanya ingin membeli baju perempuan sahaja, harga akan ditolah untuk baju lelaki RM100.00.

Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan tempahan?
  Tempoh masa yang diambil adalah dalam masa seminggu atau 2 minggu bergantung pada jenis rekaan yang dipilih.

Apakah faktor-faktor yang menentukan harga sesebuah baju di dalam laman web ini?
  Harga baju ditentukan mengikut rekaan, material atau manik (finishing) pada setiap baju yang dijual atau ditempah

Bagaimana dengan cara penghantaran dibuat bagi Semenangjung Malaysia dan SIngapura?
  Penghantaran barang dibuat bergantung pada kawasan dan berat/saiz barang. Bagi saiz barang yang kecil, kami akan menggunakan pos laju manakala bagi barangan yang bersaiz besar, kami akan menggunakan khidmat KTM Berhad. Anda perlu menjelaskan semua bayaran termasuk kos penghantaran kepada pihak Dios sebelum barangan anda diposkan..

Bagaimana dengan cara penghantaran dibuat bagi Sabah, Sarawak dan Brunei?
  Bagi Sabah, Sarawak dan Brunei, penghantaran dibuat menggunakan khidmat "forwarder". Forwarder akan menghubungi anda dan caj akan dikenakan oleh pihak forwarder sebaik sahaja barangan anda sampai ke tempat anda. Selalunya, penggunaan khidmat forwarder adalah untuk barangan yang bersaiz besar. Bagi barangan yang bersaiz kecil, kami akan menghantar menggunakan Pos Laju dan anda harus membayar kos penghantaran kepada pihak Dios sebelum barangan anda diposkan.

KESIMPULAN

 
Bagi setiap pembelian baju LACE, HARGA yang tertera adalah termasuk harga baju Perempuan dan baju Lelaki. Baju lelaki merupakan Baju Melayu Satin (Bersulam).(Baju L+Baju P)

 
Bagi setiap pembelian baju SIFON, HARGA yang tertera adalah termasuk harga baju Perempuan dan baju Lelaki. Baju lelaki merupakan Baju Melayu Satin (Bersulam).(Baju L+Baju P)

 
Bagi setiap pembelian baju DUBAI NET, HARGA yang tertera adalah termasuk harga baju Perempuan, baju Lelaki dan Veil. Baju lelaki merupakan Baju Melayu Satin (Bersulam). (Baju L+Baju P+Veil)

  Bagi setiap pembelian baju SONGKET, HARGA yang tertera adalah termasuk harga baju Perempuan, baju Lelaki dan Set Tanjak. (Baju L+Baju P+Veil)